CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 8, 2008

Cute Friendship Quotes

  • Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear
  • Don't cry over anyone who won't cry over you.
  • Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
  • You can only go as far as you push.
  • Actions speak louder than words
  • The hardest thing to do is watch the one you love, love somebody else
  • Don't let the past hold you back; you're missing the good stuff.
  • Life's short. If you don't look around once in a while, you might miss it.
  • A best friend is like a four leaf clover: hard to find and lucky to have.
  • If you think that the world means nothing, think again. You might mean the world to someone else.
  • When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there
  • True friendship never ends.
  • Friends are forever.
  • Good friends are like stars....You don't always see them, but you know they are always there.
  • Don't frown. You never know who is falling in love with your smile.
  • What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry?
  • NOBODY IS PERFECT UNTIL YOU FALL IN LOVE WITH THEM. (Isn't that the truth?)
  • Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end.
  • Most people walk in and out of you life. But only friends leave footprints in your heart.

How to love Yourself...

1. Stop all criticism:Criticism never changes a thing.Refuse to criticize yourself. Accept yourself exactly as you are. Everybody changes. When you criticize yourself, your changes are negative. When you approve of yourself, your changes are positive.

2. Don't scare yourself:Stop terrorizing yourself with your thoughts.It's a dreadful way to live. Find a mental image that gives you pleasure (mine is yellow roses), and immediately switch your scary thought to a pleasure thought.

3. Be gentle and kind and patient:Be gentle with yourself. Be kind toyourself. Be patientwith yourself as you learn the new ways of thinking. Treat yourself as you would someone you really loved.

4. Be kind to your mind:Self-hatred is only hating your own thoughts.Don't hate yourself for having the thoughts. Gently change the thoughts.

5. Praise yourself: Criticism breaks the inner spirit. Praise builds it up. Praise yourself as much as you can. Tell yourself how well you aredoing with every little thing.

6. Support yourself: Find ways to support yourself. Reach out to friends, and allow them to help you. It is being strong to ask for help when you need it.

7. Be loving to your negatives: Acknowledge that you created them tofulfill a need. Now you are finding new, positive ways to fulfill those needs. So. lovingly release the old negative patterns.

8. Take care of your body: Learn about nutrition. What kind of fuel doesyour body need to have optimum energy and vitality? Learn about exercise. What kind of exercise can you enjoy? Cherish and revere the temple you live in.

9. Mirror work: Look into your own eyes often. Express this growingsense of love you have for yourself. Forgive yourself looking into the mirror. Talk to your parents looking into the mirror. Forgive them, too. At least once a day, say: "I love you, I really love you!"

10. LOVE YOURSELF - DO IT NOW! Don't wait until you get well or lose theweight, or get the new job, or find the new relationship. Begin NOW - do the best you can

Monday, July 7, 2008

Teruna Dara

teruskan membaca..heheheeh

Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai.

Dara : Abang sayang tak saya ?
Teruna : Tentulah sayang..kenapa tanya ?
Dara : Saje..abangggg..saya ada satu teka teki ?
Teruna : Apa dia ?
Dara : Kalau abang sayang saya..kena jawab dengan betul....
Teruna : Abang cubalah..
Dara : Kalau abang pandai..sebutkan perbezaan antara burung dan kapal terbang ?
Teruna : Senang aje..burung adalah benda hidup sedangkan kapal terbang tidak..betul tak ? Dara : Salah...cuba lagi..
Teruna : Burung kecil dan kapal terbang besar.......
Dara : Salahhhhhhhhhh..cuba lagi..ini peluang terakhir tau
Teruna : Burung ringan...kapal terbang berat....
Dara : Hahahaha..semuanya salah
Teruna : Apa ni..semua salah..apa jawapannya
Dara : Dengar betul2 ye..Kapal Terbang bila naik..makin lama makin kecil.. 'BURUNG' pulak makin naik makin BESARRRRRRRRRRRR..hehehe
Teruna :???????

aku cuma nak kongsi cerita ..

nie bukan citer aku, tapi org yg bagi kat email aku...kalo korang baca mesti terasa gak laa sebab ia melibatkan duit dan amal jariah..so, marilaa kta sama2 menghayati di sebalik citer nie...layannnnnnnn
alkisahnya, hari tu, aku memang tengah pokai gilerr... maklum la, gaji lambat masuk sebab aku baru keje gomen... dah tau pokai, pandai ² lak tu bagi sedekah kat student yang ayah dia meninggal... . RM20 aku bagi kat student tu, so, dalam purse tinggal lagi RM10, aku fikir memang cukup² je la utk isi minyak keta yang dah nak abis utk 1 hari setengah... nak mintak duit kat adik bradik, abah or kengkawan memang aku segan sebab tak mo biasakan diri berhutang n tak mo susahkan depa... so, aku pun pegi la bank BCB utk kuar duit seadanya... tak sangka lak masih ada baki ciput dalam akaun... alhamdulillah dalam bank BCB aku, maksima boleh kuar RM10 (betapa sengkeknya aku..) dan aku try an error keluar duit dari Bank Islam dapat RM10 gak... tak sangka lak boleh kuar RM10 dari BIMB tu sedangkan masa dia tunjuk baki duit aku yang memang dah nak kontang, memang satu sen pun aku tak layak nak kuarkan duit tu.... so, alhamdulillah, syukur sangat rasanya... punya la aku happy dapat RM30.. cukupla RM20 utk makan seminggu lebih lagi sementara tunggu gaji masuk... tup tup, elok je aku pusing belakang nak masuk kereta balik, seorang Tok Guru dari Thailandmohon derma untuk pembinaan surau katThailand (siap ada resit n suratJAIP).. . aku lak memang jenis suka sedekah, tapi sebelum nak bagi tu, aku terfikir, "isk... camne ni? duit minyak RM10, duit makan RM10... ahh... tawakkal aje lah.. mungkin sebab tu Allah mudahkan urusan aku untuk kuarkan duit tadi sedangkan kalo ikut baki duit aku, memang aku tak layak kuar duit tu... mungkin rezeki Tok Guru tu agaknya.." so, tanpa berfikir panjang, aku terus hulur RM10 (dah itu je duit kertas yang ada.. nak bagi RM 1 rasa macam sikit beno la pulak sebab Tok Guru tu pun datang dari jauh, jalan kaki lak tu dari kedai ke kedai... bukan apa, aku pun pernah kutip derma, so aku faham n lagipun aku derma tu utk amalan aku gak kan.. dan alkisahnya.. . Tok Guru tu pun punya la ceria n happy terima sedekah aku.. Tok Guru tu siap bagi aku ayat pelaris lagi dan doakan aku cepat kawin....hehehe. ...sedangkan hati aku masa tu masih lagi berkecamuk sebab takut tak cukup duit nak survive sementara nak dapat gaji.... RM10 je??? nak makan ape utk seminggu??.. . tapi aku tawakkal aje... sebab niat aku ikhlas untuk sedekah kan... dan alkisahnya, minyak keta yang aku sangkakan kritikal, jarum meter penunjuk minyak tu sangatlah lambat turun ke E, sedangkan selama ni, tak sempat nak sampai umah pun kalo jarum meter dah sampai ke had itu... masa tu, aku berulang alik keje agak jauh dari rumah, so memang biasanya nampak ketara penurunan jarum meter tu... cuma aku pelik dan bersyukur dengan peristiwa tu... mungkin berkat doa Tok Guru tu jugak kot.. dari dari sehari ke sehari aku menempuh alam ke"sengkek"an aku, aku sentiasa dapat makan free... hari² ada aje jamuan staf yang dibuat kat ofis membuatkan aku tetap kenyang sampai ke malam dan tak perlu membelanjakan wang RM 10 aku, kalo makan kat luar pun kawan yang belanja... dan sampailah aku dah dapat gaji pun, masih tak luak duit RM10 tu sebab still dapat makan free 6 kali sehari semasa berkursus 4 hari... dan kalo biasanya aku dengar keje gomen sekarang ni, paling cepat dapat gaji pun sebulan setengah, tapi alhamdulillah, Allah bagi gaji aku tepat di hujung bulan.... seolah² macam keje swasta pulak, tak de delay gaji.... punya la aku syukur sesangat.. apa yang aku nampak di sebalik peristiwa ini, "bahawa bila kita bersedekah dan niat kerana Allah, nescaya Allah tak kankurangkan rezeki kita malah akan memberi kita rezeki dari jalan yang tak disangka²"... so, kalo ada sesiapa yang mohon sedekah, hulur-hulur lah.... tak kanberkurang rezeki kita tu kalo apa yang kita buat tu niat ikhlas kerana Allah... tapi aku tak suka peminta sedekah yang tak buat apa² dan semata² minta sedekah di jalan / pasar malam , sebab nampak sangat depa malas berusaha... unless kalo depa tu minta derma utk pembinaan surau, sekolah etc... tapi kalo utk peribadi, aku lebih suka sedekah pada yang org menjual something mcm tisu ke, minyak cap kapak ke.. bukan nak beli sangat pun, tapi just terharu dengan usaha diorang.. sebab aku sure bagi duit lebih dari harga barang yang dijual dan most of the time aku tak ambik pun barang yang dijual sebab apa yang penting, aku suka tengok dia berusaha... aku bukan nak riak dengan amalan sedekah aku nih, sebab sure pahala aku pun hilang kalo disertakan dengan rasa riak ni....tapi tujuan aku bercerita kat sini ikhlas nak kongsi kisah aku... bukan apa, aku tengok, masih ramai lagi yang takut nak bersedekah sebab menganggap dengan bersedekah, duit depa akan berkurang, sedangkan sebenarnya tidak.... kalo kita niat ikhlas kerana Allah, DIA tentunya akan membantu kita... aku dah banyak kali kena macam ni, sedekah masa tengah sengkek dan Allah bagi aku rezeki dari jalan yang tak disangka², tapi bagi aku, kisah ni yang paling tersimpan di sudut hati aku sebab aku sedar betapa dekatnya Allah dengan diri aku... betapalah DIA sangat menjaga kebajikan aku.... dan sesungguhnya memang benar "bila kita merungkaikan kesusahan orang lain, Allah akan merungkaikan kesusahan kita pulak..." so, jangan la takut nak bersedekah.. . kekadang rezeki orang lain pun ada dalam rezeki kita... so, jangan sekat rezeki mereka kerana rezeki tu Allah yang bagi.... DIA yang memberi rezeki pada bila² masa dan DIA jugak yang berhak mengambilnya pada bila² masa... wassalam

Bahagian Tubuh yang Paling Bererti..

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti.
"Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ketahun, anakku."Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya.
"Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

I minit painting...

lain yg aku agak,
lain pulak yg jadi..
apa2 pun syok aku tengok orang nie lukis,
konfiden jer...
video

Doa untuk kekasih

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah….
Seandai telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami,
Agar kemesraan itu abadi…..

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…..

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti….
Berikan aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…..

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untuk untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambamu ini……

Ya Allah…..
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
Kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah pada keturunan yang soleh dan solehah…..

Ya Allah….
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan peliharilah kami dari azab api neraka,

AMIN…AMIN….AMIN
YaRabbal’aalamiin….